Tiada Pelukan, Ibu Calon SPM Mampu Iring Anak Dari Jauh Saja

Keadaan begitu berbeza bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang memulakan peperiksaan pada hari ini 22 Februari 2021, apabila buat pertama kalinya tiada lagi iringan dan pelukan ibu dan ayah sebelum anak-anak melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menghadapi ujian yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas ini.