Susu Masam, Kek Ang Pemikat Fiesta Ria Ramadan Duyong Marina
UPDI Gondol Dua Anugerah MAM 2019
![]() |
Suhaimi (kanan) dan Tengku Mohd Syamim menerima anugerah masing-masing dari UMT. |
KUALA NERUS, 14 Julai - Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menggondol dua anugerah terbaik Majlis Anugerah Media (MAM) 2019, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) malam ini.
Penerima Anugerah Gerbang Pena itu termasuk Suhaimi Taib melalui Segmen Berita Atas Talian (Online) Terbaik (Bahasa Melayu) dan Tengku Mohd Syamim Tengku Ismail melalui Segmen Foto Terbaik, masing-masing melalui portal Teganukita.net.
Antara anugerah disediakan oleh UMT termasuk hadiah Anugerah Gerbang Pena, Anugerah MAM'19 dan Anugerah Emas Korporat UMT.
Anugerah-anugerah tersebut antara lain disampaikan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato' Dr Nor Ainei Haji Mokhtar.