Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN- Dalam keghairahan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha penduduk Jerangau telah dikejutkan dengan angin yang kencang sehingga mengakibatkan 20 rumah rosak.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN ), berkata kejadian ribut di kampung itu berlaku kira- kira jam 4.30 petang sehingga mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk dan bekalan elektrik terputus.
"Kita telah memaklumkan pada Tenaga Nasional Berhad yang berdekatan agar menyegerakan untuk diambil tindakan segera, " katanya.
Sementara itu, menurut Mohd Zuki Ali yang merupakan Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung di mana rumahnya turut dihempap pokok yang besar serta terkena atap rumahnya kejadian yang berlaku itu disedarinya kerana mendengar angin yang kencang dan melihat pokok sekeliling bergoncang dengan kuat.
" Tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat diatas bumbung rumah saya kerana dihempap pokok dan telah mengakibatkan atap rumah telah pecah," jelas beliau.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Arfan Tahir menyatakan kemudahan berkomunikasi melalui media sosial (whatsapp) memudahkan penduduk kampung berhubung dan segera serta cepat mengetahui rumah yang telah terkena musibah.
"Apabila mengetahui maklumat rumah mana yang menjadi mangsa kejadian,
"Saya segera pergi mengambil keterangan mangsa dan profil peribadi mangsa agar tindakan untuk melaporkan pada pihak polis," katanya.
Menurutnya beliau bersyukur dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Penyelas Dun Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman yang cepat bertindak, serta penduduk kampung yang segera membanting tulang agar segala proses membersihkan pokok yang tumbang, serta melihat keadaan rumah mangsa dengan jumlah yang begitu banyak menjadi mudah dan senang.
"Kesungguhan yang diberikan oleh penduduk adalah diatas rasa tanggungjawab berada didalam satu komuniti,
"Lebih-lebih lagilah esok (hari ini) merupakan Hari yang bermakan buat umat islam iaiti hari Raya aidiladha," ucapnya.
.