Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Oleh: Ahmad Ezani Razali
KEMAMAN, 28 Januari - Seramai 300 orang ahli Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diraikan dalam Program Ramah Mesra YBC (Yang Berhormat Cukai) Bersama PEKIDA Kemaman yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, baru-baru ini.
ADUN Cukai, Hanafiah Mat mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan, ahli jawatankuasa dan ahli PEKIDA yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
"Malam ini kita bertemu, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan supaya kita dapat mengenali di antara satu sama lain.
"Pertemuan ini bukanlah yang pertama dan yang terakhir. Pintu pejabat kami akan sentiasa terbuka untuk kita sama-sama duduk bertemu mata, berbincang, bertukar pandangan dan sebagainya," ujarnya.
Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut memberitahu, perjuangan yang dibawa oleh mereka adalah sama.
"Saya dimaklumkan PEKIDA hari ini dalam usaha untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin.
"Inilah sebahagian daripada perjuangan kami dan sebahagian besar adalah perjuangan kalian. Ia adalah harapan kita bersama," katanya ketika berucap bagi merasmikan program tersebut.
PEKIDA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membela orang Melayu di Malaysia.