TIS 2024: Lima Teras Bangun Kesatuan & Solidariti Keamanan Global
Hanafiah Mat. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, kilang plastik itu yang dimiliki sebuah syarikat dari China dijangka beroperasi awal Januari depan.
Menurutnya, ketika ini kerja-kerja pembinaan pemasangan di kilang tersebut sedang rancak dilaksanakan.
"Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada kilang ini untuk beroperasi.
"Saya juga telah arahkan jabatan-jabatan kerajaan supaya mempercepatkan proses agar kilang ini dapat beroperasi seperti yang disasarkan supaya rakyat terutama yang kehilangan kerja akibat kelembapan ekonomi dapat bekerja semula," katanya ketika ditemui pada program di Chukai, baru-baru ini.
Perwaja Steel menutup operasinya pada November 2014 menyebabkan 1,500 pekerjanya terpaksa diberhentikan.
Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, pembukaan kilang baharu di tapak kilang besi itu bakal merancakkan lagi kawasan perindustrian berkenaan yang sebelum ini kian malap.
Malah menurutnya, Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang terletak berdekatan tapak Perwaja Steel juga baru mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan 200 pekerja.
"KSB adakan pengambilan pekerja ini ekoran harga pasaran minyak dunia yang kembali meningkat sekali gus menghidupkan semula peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas ini.
"Saya harap dalam tempoh lima tahun lagi Kemaman akan kembali bersinar sebagai kawasan industri minyak dan gas seperimana 15 tahun lalu," katanya.
Kredit: Sinar Harian