Jalur Gemilang
Berita :
75 Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran BAKIK Mak Chili Paya
75 Peserta Sertai Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran BAKIK Mak Chili Paya
Ridhwan Balian
8 jam yang lepas
109

KEMAMAN, 12 Oktober – Seramai 75 peserta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah untuk lelaki dan wanita yang dianjurkan Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Surau Kampung Mak Chili Paya (BAKIK), melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam berkata, kursus berkenaan penting bagi memberikan kefahaman dan kemahiran kepada masyarakat dalam menguruskan jenazah dengan betul, sekali gus melaksanakan tuntutan fardu kifayah apabila berlaku kematian.

Menurutnya, penganjuran kursus secara percuma itu juga membuka ruang kepada masyarakat untuk menimba ilmu berkaitan pengurusan jenazah tanpa mengira jantina.

Beliau turut bersetuju menyumbang sebanyak RM1,000 kepada BAKIK sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan dan kesejahteraan ahli.

Kursus berkenaan disampaikan oleh Ustaz Baharin Bade’i, manakala Ab. Razak Ibrahim merupakan Pengerusi BAKIK.

Penganjuran program seumpama itu diharap dapat melahirkan lebih ramai anggota masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan jenazah, di samping memperkukuh budaya saling membantu dalam komuniti.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan