Jalur Gemilang
Berita :
76 Penerima Terima Dokumen Hakmilik Dan Notis Borang 5A RTB DUN Cukai
76 Penerima Terima Dokumen Hakmilik Dan Notis Borang 5A RTB DUN Cukai
Ezani Razali
10 jam yang lepas
178

KEMAMAN, 12 Oktober – Seramai 62 penerima menerima dokumen hakmilik Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), manakala 14 penerima lagi menerima Notis Borang 5A menerusi Majlis Penyerahan Dokumen Hakmilik dan Notis Borang 5A bagi RTB Tapak Bangunan Kediaman DUN Cukai, Daerah Kemaman, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato’ Hanafiah Mat, berkata penyerahan berkenaan merupakan satu langkah bermakna dalam memberikan kepastian hak kepada penerima, selain membawa manfaat jangka panjang kepada mereka dan keluarga masing-masing.

Menurutnya, setiap pemberian yang diterima perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya serta disyukuri kerana ia mempunyai nilai yang besar dalam membantu membina kehidupan yang lebih terjamin dan sejahtera.

“Alhamdulillah, semoga penyerahan ini menjadi permulaan yang baik buat semua penerima dan keluarga. Manfaatkanlah pemberian ini dengan sebaik-baiknya dan penuh rasa syukur.

“Semoga tanah yang dimiliki menjadi asas kepada kehidupan yang lebih sejahtera serta membawa keberkatan kepada seluruh keluarga,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman di sini.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk terus mengutamakan kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Tambahnya, usaha berterusan dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat diberikan perhatian sewajarnya amat penting bagi membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat setempat.

"Saya turut berharap agar segala urusan berkaitan tanah berkenaan dipermudahkan dan penyerahan dokumen ini dapat memberikan manfaat berpanjangan kepada semua penerima," ujarnya.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan