Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Abdul Hadi (dua dari kanan). |
Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta piala iringan dan sijil.
Abdul Hadi, 27, yang juga bilal dan Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Islam Terengganu (YIT) menganggap kemenangan itu sebagai rezeki buat keluarga dan anak-anaknya.
"Alhamdulillah, saya cukup berpuas hati dengan persembahan pada kali ini, saya lebih tenang, yakin dan gembira apabila membaca al-Quran di atas pentas.
"Pada awalnya saya tidak menyangka dapat mempertahankan gelaran ini kerana cabaran tahun ini sangat sengit terutamanya qari daripada keluarga Ali (Hafas)," katanya semasa ditemui pemberita, di sini.
Bilal Masjid Abidin itu memperoleh 91.83 markah, meninggalkan Mohd Zaky Ismail (90 peratus) serta Mohd Hafas Ali (87.66 peratus) di tempat kedua dan ketiga.
Nor Jannah. |
Jelasnya, peringkat kebangsaan nanti pastinya akan menjadi medan terbaik untuk menguji tahap ilmu yang ada pada dirinya.
"Taranum, tajwid serta suara antara elemen yang akan dipelajari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa," ujarnya.
Dalam majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja.
Turut berangkat, Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar.
Kedua-dua juara qari dan qariah akan mewakili Terengganu bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 13 hingga 22 Februari ini.