• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Agong Perkenan Terima Pimpinan PAS Menghadap

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Dato' Seri Abdul Hadi Awang semalam. Foto ihsan - Istana Negara
KUALA LUMPUR, 9 Januari - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima menghadap teraju utama kepimpinan PAS yang diketuai Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Ini pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dengan delegasi parti tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari tahun lalu.


Abdul Hadi dalam suatu kenyataan di Facebook rasminya semalam menjunjung kasih Baginda atas limpah perkenan menerima kehadiran mereka.

"Menjunjung kasih KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan Tuanku menerima kehadiran patik-patik sekalian.

"Ampun Tuanku," ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.




Tag: