Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
Oleh: Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 28 Julai - Keprihatinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama wakil rakyat menjadi syarat utama di dalam memastikan kehidupan rakyat selesa dan sejahtera.
Pengerusi MPKK Binjai Che Lijah, Ibrahim Senik bersyukur apabila masalah air bertakung di dalam rumah yang membelenggu penduduk Kampung Bukit Binjai Manis sejak dua tahun lalu berjaya diselesaikan.
"Bila hujan turun, empat buah rumah di jalan Kampung Bukit Binjai Manis ini akan banjir dan airnya tidak surut-surut.
"Memandangkan air bukit pun turun menjadikan ianya bertakung di dalam rumah pada paras betis sehingga empat ke lima hari," ceritanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihaknya mengambil keputusan menggali parit di belakang rumah tersebut," katanya lagi yang terharu dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang sentiasa bersedia membantu rakyat.
Katanya, dengan sedikit bantuan kewangan di samping sumbangan orang ramai, pihaknya menyewa jengkaut dan membeli pembetung (culvert).
Sementara itu, seorang penduduk yang terlibat, Mohamad Muda gembira kerana masalah yang dialami selama ini telah dapat diselesaikan.
"Sudah dua tahun kami terpaksa berhadapan dengan banjir disebabkan tanah paya yang telah ditimbus tanah untuk dibina rumah.
"Alhamdulillah, dengan adanya parit ini, insya-Allah air tidak bertakung di dapur lagi," ujar bapa empat orang anak itu.