Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin bahawa pertambahan kerusi sekurang-kurangnya lima hingga tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) lagi, di samping terus mempertahankan 17 kerusi yang sedia dimiliki.
Ini akan menjadikan sekurang-kurangnya 22 kerusi atau 24 kerusi DUN lagi bakal dimiliki oleh BN Terengganu.
Manakala bagi kerusi parlimen sekurang-kurangnya, dua lagi dapat ditambah menjdi enam.
Sekarang ini 4 kerusi dimiliki BN (Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman) manakala pembangkang juga sebanyak empat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dalam perbualan ringkas dengan Teganukita/The Iman Tribune memperakui bahawa usaha-usaha sedang dijalankan bagi mengembalikan beberapa kerusi yang tewas dalam pilihanraya yang lalu.
“Keyakinan kita berdasarkan bahawa semangat jitu yang ditunjukkan oleh jentera pilihan raya di setiap Parlimen dan DUN serta harapan rakyat yang tinggi supaya keamanan, kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan terus menerus mereka nikmati di bawah BN selama ini," katanya.
Apa yang penting menurutnya, para pemimpin semua peringkat perlu faham dan mengambil perjalanan bahawa layanan dan khidmat kepada rakyat perlu diutamakan bagi meraih sokongan rakyat atau pengundi.
Penulis berpendapat di Terengganu, selain parti yang kukuh, faktor calon juga memainkan peranan yang penting untuk kejayaan.
Insya-Allah BN akan membariskan calon-calon yang terbaik dari segi pendidikan, akhlak dan mesra rakyat.
Walau bagaimanapun selain calon cadangan di peringkat negeri, pihak pusat khususnya Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tentulah mempunyai maklumat yang tersendiri dalam pemilihan calon.
Penulis mendapat tahu, sekurang-kurangnya tujuh calon disenaraikan bagi setiap kawasan pilihan raya seluruh negara bagi membolehkan calon yang terbaik dipilih atau disaring.
Dengan berakhirnya beberapa polemik politik UMNO Terengganu dan sokongan penuh diperolehi Ahmad Razif sebagai Menteri Besar, ia adalah suatu kelebihan kepada BN untuk terus diberikan mandat dengan kerusi yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Walaupun ada usaha sesetengah pihak untuk menimbulkan suasana yang goyah lagi terhadap situasi sokongan kepada Ahmad Razif, keadaan masih tetap stabil dan mantap.
Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan nilai-nilai yang Islamik dan murni itu, semakin menjiwai masyarakat Terengganu.
Setiap ahli dan pendokong UMNO dan BN Terengganu perlu ingat (serik doh weh) bahawa penderitaan mereka dan rakyat Terengganu di bawah pembangkang suatu masa yang lalu.
Jadikanlah itu sebagai peringatan dan iktibar- kalau terlepas lagi jangan harap untuk dapat bangkit kembali.
Selamat berjuang dan membuat persiapan cepat dan berkualiti untuk PRU14.