Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Anggota APM bersiap sedia hadapi PRU |
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengerahkan anggotanya pada bila-bila masa bagi menjalankan tugas sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pesuruhjaya APM, Mej Jeneral Dato' Azmy Yahya berkata, pihaknya dalam keadaan siap siaga bagi memastikan seluruh negara dalam keadaan aman dan sejahtera sepanjang tempoh kempen pilihan raya.
Katanya, ketika ini APM mempunyai kekuatan 2.1 juta anggota seluruh negara dan sebahagiannya sukarelawan akan dikerah menjalankan tugas yang diperlukan dalam tempoh berkenaan.
"Semua anggota APM sudah dilatih untuk membantu orang ramai jika berlaku sebarang kes kecemaasan yang ada kaitan dengan tugas anggota pasukan berkenaan.
“Semua pengarah APM seluruh negeri juga sudah diarah menyediakan pasukan anggota yang terbaik bagi mempastikan keadaan di kawasan masing-masing sentiasa dipantau,” katanya selepas majlis penghargaan kepada petugas Monsun Timur Laut (MTL), di Besut, hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh merasmikan program berkenaan serentak dengan pelancaran Skuad Sukarelawan APM Parlimen Besut.
Azmy berkata, APM menyasarkan menjelang akhir tahun ini sejumlah 3 juta anggota agensi itu ditambah dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Idris ketika merasmikan program itu, berkata beliau turut berbangga dengan perkhidmatan yang diberikan anggota APM yang sentiasa bersedia menjalankan tugas secara sukarela.
"Kenaikan tambahan elaun yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diharap lebih ramai rakyat menyertai pasukan APM kerana ia satu tugas murni untuk negara.
"Bencana banjir yang berlaku di negeri ini tiap tahun bukti anggota APM sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu mangsa banjir,"katanya.