• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

APBN Sebagai Mengenang Jasa Belia

Seorang belia (dua dari kiri ) menerima anugerah dari Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan).
KUALA TERENGGANU,  2 Mei - Kerajaan negeri mengadakan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia,  Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,  ia juga bertujuan meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang.

Justeru katanya,  seramai 18 orang calon individu daripada kategori lelaki dan wanita telah ditemuduga bagi memilih individu yang layak dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut.

Sementara lima buah persatuan merentab bagi merebut anugerah khas kategori pertubuhan.
Ustaz Wan Sukairi
Dalam pada itu katanya,  seramai 11 orang calon terpilih untuk bertanding kategori Anugerah Khas Usahawan Belia manakala lima orang masing-masing bertanding untuk Anugerah Khas Belia Tani dan Anugerah Khas Sukarelawan Belia.

Sekurang-kurangnya, RM27 ribu hadiah wang tunai disediakan kerajaan untuk semua anugerah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Dewan Permata Ballroom,  Permai Hotel di sini malam ini.

Kira-kira 500 orang belia Terengganu hadir dalam majlis tersebut.
Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersalaman dengan seorang belia di Majlis APBN di Permai Hotel hari ini .
Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, anugerah seumpama itu mula diperkenalkan pada tahun 1988.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B,  dipilih johan kategori pertubuhan belia dengan memperolehi wang tunai sebanyak RM10 ribu, sebuah piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.

Manakala,  naib johan pula dimenangi oleh Persatuan Belia (MBFM) dengan mendapat wang tunai berjumlah RM5 ribu,  piala iringan,  sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.

Sementara johan anugerah khas individu lelaki jatuh kepada Nik Mohd Adham Che Zainuddin memperolehi wang tunai RM3 ribu,  piala iringan,  sijil penghargaan dan 'mockup cheque.


Mohd Khairul Ridzuan Muhammad pula dipilih sebagai naib johan dengan mendapat wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.

Bagi kategori anugerah khas individu wanita pula,  Siti Norasmaliana Mohd dipilih sebagai johan,  manakala Jamiah Yaakub sebagai naib johan.

Siti Norasmaliana mendapat wang tunai RM3 ribu, piala iringan, sijil penghargaan dan 'mockup cheque' manakala Jamiah mendapat wang tunai RM1,500, sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.

Bagi kategori anugerah khas usahawan belia,  Nor Hasnaa' Kamilah Mohd  dipilih sebagai johan,  Mohd Amir Haziman Omar (johan kategori anugerah khas belia tani) dan Abdul Muhaimin Muhammad (johan kategori anugerah khas sukarelawan belia).

Masing-masing menerima wang tunai RM1 Ribu,  sijil penghargaan dan 'mockup cheque'.





Tag: