Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Budaya Cakna Wujud Masyarakat Harmoni
Dr. Farhaana bersama wakil pejabat DUN dan i-MiTS ketika menziarahi salah seorang penduduk. |
Oleh : Akid Hafriz
KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Kecaknaan bersama dikalangan jiran tetangga bukan sahaja dapat menjaga kebajikan malah turut dapat menghidupkan suasana yang harmoni dalam kalangan masyarakat setempat.
Kunjungan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ke Kondo Rakyat Kuala Ibai memperlihatkan budaya itu masih subur dikalangan penghuni perumahan tersebut.
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu Dr. Farhaana Husainy Hasbullah ketika turun ke program ziarah kebajikan di sana berkata, kunjungan berkenaan membuka matanya tentang kehidupan bermasyarakat yang masih kukuh.
“Kunjungan kami kali ini bukan sahaja membuka peluang menyantuni warga yang sakit, tetapi juga memberi kesempatan kepada kami untuk melihat sendiri semangat kejiranan di kalangan penduduk dan pemimpin setempat.
Program ziarah diadakan setiap minggu mendekati masyarakat setempat. |
“Alhamdulillah, budaya yang masih mekar di sini, mereka yang susah diziarahi, diberi sokongan moral serta bantuan sekadar yang termampu,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi, semalam.
Turut hadir dalam program ziarah tersebut, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) DUN Batu Buruk, Norzy Osman dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Hujung Jambatan, Nor Azra Harun.
Tambahnya, terdapat juga inisiatif daripada ketua blok dan pemimpin setempat untuk menyediakan kelas mengaji al-Quran secara berkala yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga kondo tersebut.
Program ziarah kebajikan diadakan setiap minggu dengan tumpuan mendekati penduduk lebih dekat dimeriahkan pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang kunjungan seperti pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.