Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Cengal Besar Tarikan Peminat Sukan Ekstrem
Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN, 30 September- Terletak dalam Hutan Simpan Pasir Raja, disini, sebatang pokok cengal terbesar dan tertua di Semenanjung Malaysia kini semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar khususnya yang menyukai aktiviti lasak.
Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff berkata, ianya berpotensi muncul sebagai destinasi sukan lasak dan rekreasi terkenal di peringkat dunia.
“Perkara ini diakui sendiri oleh para pengemar sukan lasak terdiri daripada peminat motorcross dan pacuan empat roda, apabila seringkali memilih lokasi berkenaan untuk aktiviti ekstrem itu.
“Malah pengalaman menjejaki lokasi berkenaan dirasai sendiri oleh 110 orang belia yang menyertai acara Cengal Besar Explorace selama dua hari bermula 27 September lalu.
"Program tersebut turut disertai oleh 100 motorcross, dan 10 buah pacuan empat roda, dimana pesertanya terdiri daripada ahli Jerangau Motorcross Team (JMT),” ujarnya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai program tersebut, semalam.
Katanya, program tersebut terbuka kepada semua peminat aktiviti sukan lasak dan mendapat penyertaan bukan sahaja dari Felda Jerangau tetapi dari Kuala berang dan Kemaman.
Beliau selaku pengarah program berkata, program itu merupakan anjuran daripada Jerangau Felda Adventure Club yang berkolaborasi dengan Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi.
Katanya, program selama dua hari itu telah dipenuhi dengan aktiviti tazkirah dan juga aktiviti berkumpulan bagi memupuk semangat kerjasama.
"Bukan sahaja sesama ahli bahkan apabila berada di tengah-tengah masyarakat itu yang kita ingin terapkan.
"Kelasakkan turut teruji kerana untuk sampai ke Bukit Cengal Besar bukan sahaja dengan kenderaan bahkan peserta terpaksa mendaki ke tempat berkenaan, memang memberi kepuasan di tahap maksimum," jelasnya.