Datuk Seri Rina (empat dari kanan) diperlihatkan keunikan songket Terengganu ketika melawat booth pameran dan jualan di Stadium Tertutup Gong Badak pagi tadi. |
KUALA NERUS, 26 April - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mewujudkan satu direktori khas usahawan desa bagi mengumpul semua usahawan berkenaan dari seluruh negara yang kini berjumlah kira-kira 87 ribu orang.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini KPLB belum lagi mewujudkan direktori tersebut memandangkan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja mengambil alih teraju pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas .
"Banyak benda yang kementerian saya kena buat memandang PH baru sahaja hampir setahun memerintah negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini pagi tadi.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Datuk Seri Rina seterusnya berkata mengumpul data-data usahawan sangat penting untuk menjadi rujukan berbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.
Katanya, buku cenderamata KUD sudah tercatat nama usahawan-usahawan tersebut.
"Ini adalah salah satu proses kerajaan untuk melengkapkan data-data usahawan desa ini.
"Bila saya memimpin kementerian banyak nak kena buat. Salah satu daripadanya, kita perlu ada data untuk membuat perancangan dan tindakan, itu sangat penting," jelasnya.
Katanya, dalam maklumat kerajaan jumlah usahawan desa di seluruh negara ialah 87 ribu orang.
"Manakala 24 peratus daripadanya adalah usahawan wanita dan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti keusahawanan di kalangan mereka supaya lebih berdaya saing di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan keluarga," ujarnya.
Datuk Seri Rina (dua dari kanan) melaksanakan gimik perasmian di pentas utama KUD 2019. |
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.
Datuk Seri Rina seterusnya berkata mengumpul data-data usahawan sangat penting untuk menjadi rujukan berbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.
Katanya, buku cenderamata KUD sudah tercatat nama usahawan-usahawan tersebut.
Datuk Seri Rina |
"Bila saya memimpin kementerian banyak nak kena buat. Salah satu daripadanya, kita perlu ada data untuk membuat perancangan dan tindakan, itu sangat penting," jelasnya.
Katanya, dalam maklumat kerajaan jumlah usahawan desa di seluruh negara ialah 87 ribu orang.
Datuk Seri Rina (kiri) menyampaikan hadiah utama RM55 Ribu kepada seorang peserta pertandingan memancing sempena KUD 2019 |