• 08 Sept 2024 | 4 Rabiul Awal 1446

Dr Sam Ucap Tahniah Kepada Pelajar STPM 2023

KUALA TERENGGANU, 24 Julai 2024 - Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dan warga pendidik atas keputusan cemerlang yang dilakar Terengganu semalam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan pelajar Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

"Alhamdulillah saya rasa itulah terkenalnya Terengganu bukan sahaja  SPM malah STPM kita turut mengungguli carta.

“Saya ucapkan tahniah kepada anak Terengganu yang telah cemerlang, sekarang ini akan terbuka luas cabaran baharu dan bagaimana mereka harungi.

"Saya percaya anak Terengganu boleh cemerlang lagi bila masuk alam universiti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Jubli Perak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) 2024 di Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.

Menurutnya, negeri Terengganu mencatatkan keputusan terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 peringkat negeri dan kebangsaaan untuk tempoh lima tahun  berturut-turut apabila memperolehi min purata Nilai Gred Kumulatif PNGK 3.11 mengatasi peringkat kebangsaan, iaitu 2.84.


Tag: