E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan


Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media sosial.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan pasaran yang menguntungkan dan dapat mengembangkan perniagaan serta rujukan mereka bukan sahaja pasaran tempatan, tetapi dalam sudut pandangan global.

“Ia juga dapat memacu pertumbuhan bumiputera dalam perniagaan dan perindustrian di negeri Terengganu, walaubagaimanapun penglibatan orang Melayu dalam kegiatan tersebut masih rendah.

 “Sebab itu, adalah diharapkan menerusi bantuan dan kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan dalam membantu perniagaan bumiputera dapat dihayati dan disebarkan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvensyen Usahawan Melayu; ‘Mendepani Cabaran Ekonomi Masa Kini’ di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi Tengku Abdul Rahman.

Wan Nawawi turut merakamkan ucapan tahniah dengan insentif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT), YPU serta beberapa agensi yang terlibat dalam Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) berhubung penganjuran konvensyen tersebut.

Menurutnya, kerjasama yang berkonsepkan kerjasama strategik ataupun NBOS antara agensi yang terlibat bertepatan sekali bagi pembangunan usahawan kerana perkembangan hari ini perlu bergerak bersama.

Tag: