Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 26 September - Kerajaan negeri menaja sebanyak RM500,000 sekali gus menjadi penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa Tour of Peninsular 2019 bermula dari Dungun ke Setiawangsa, 15 hingga 19 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penajaan itu akan kembali kepada negeri Terengganu melalui program sewaan bilik hotel dan promosi pelancongan negeri sepanjang program berjalan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Ustaz Wan Sukairi (tengah) bercakap dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini. |
Katanya, kira-kira 20 pasukan bertaraf antarabangsa akan turut serta dalam lima pentas (stage) pertandingan, berakhir di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
"Kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran perlumbaan bertaraf antarabangsa bukan sahaja kerana acara itu menyediakan ruang promosi dan penjenamaan yang cukup besar kepada sektor sukan pelancongan negeri, tetapi juga menyediakan ruang bagi rakyat negeri ini menyaksikan pasukan dan pelumba-pelumba negeri bertanding dalam perlumbaan yang cukup besar di laman mereka sendiri," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, perlumbaan 'Tour Of Peninsular' ini juga akan membawa jenama 'Visit Beautiful Terengganu' ke serata dunia melalui siaran 'live streaming' yang jelas dan lebih berkesan berbanding siaran televisyen konvensional.
Ustaz Wan Sukairi (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelumba Terengganu. |
"Acara berbasikal antarabangsa itu juga akan mempromosikan Terengganu kepada pelancong domestik kerana perlumbaan ini juga akan dibawa ke negeri-negeri lain pada peringkat seterusnya," jelas beliau.
Masyarakat antarabangsa juga katanya berpeluang melihat dengan lebih dekat keindahan jambatan angkat atau 'drawbridge' Terengganu melalui beberapa acara dan perlumbaan yang melibatkan penggunaan jambatan itu sendiri.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Motoshoot Event Sdn Bhd, Dato Muhd Opandi Che Wook selaku pengajur, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesungguhan membantu melancarkan penganjuran acara tersebut.
"Penajaan ini amat besar maknanya untuk kami. Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan perbelanjaan kewangan yang agak besar, tetapi menggerakkan hampir keseluruhan jentera pentadbiran negeri dalam membantu memastikan acara ini dilangsungkan dengan jayanya khas penganjuran acara pra-perlumbaan dan acara di Peringkat 1 dan 2.
"Tour of Peninsular 2019 itu akan berlangsung pada 15 hingga 19 Otober ini dengan penganjuran bertaraf UCI2.1 lebih rendah satu mata berbanding Acara Berbasikal Antarabangsa Tour De Langkawi dengan penyertaan 20 pasukan professional UCI dan kebangsaan dari serata dunia," tambahnya.
Laluan peringkat pertama bermula dari Dungun ke Kuala Terengganu sejauh 196 kilometer pada 15 Oktober, peringkat kedua, Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 197.8 kilometer (16 Oktober), peringkat ketiga, Pasir Mas ke Gerik sejauh 200 kilometer (17 Oktober), peringkat keempat, Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 110.5 kilometer (18 Oktober) dan peringkat kelima, Tapah ke Setiawangsa sejauh 146.4 kilometer (19 Oktober).
Antara pelumba Terengganu akan turut serta dalam acara tersebut. |