• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Empat Pelajar Politeknik DiKhuatiri Lemas

Foto Ehsan Google


Oleh : Nooreni Abu Bakar 

DUNGUN, 17 Januari - Empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun, hari ini.

Pegawai Petugas Pusat Gerakan Operasi ( PGO), Mohamad Azrul  Izzham  Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang pada jam 6.30 petang. 

"Pasukan bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang pada jam 6.40 petang dan maklumat yang diterima daripada orang awam seramai enam pelajar sedang mandi dan disyaki empat daripadanya lemas.

"Keadaan ombak besar menyulitkan bomba untuk menjalankan operasi mencari dan kita terus berusaha menjalankan pencarian di persisir pantai, "katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi. 

Mereka yang terlibat ialah Muhamad Luqman Hakim  Al Rasyid  Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan  Ahmad Azhan dan  Mohamad Amir Izzudin  Zulkiflee.

Tambah Mohammad Azrul, usaha mencari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun juga dibantu oleh BBP Chukai di lokasi kejadian. 

"Ianya melibatkan 14 anggota Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan kenderaan satu Water Tender, sebuah Emergency Medical Retrieval Service' (ERMS), dua utiliti dan sebuah Amphibious Rigid Inflatable Boat (ARIB) ," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, 30 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.


Tag: