Nuridah merasmikan majlis penutup konvensyen. |
Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, pelbagai masalah yang membabitkan wanita adalah berpunca daripada kurangnya perhatian dan peranan semua pihak.
“Daripada pembentangan yang dibuat, kita dapat melihat betapa banyaknya masalah yang perlu kita selesaikan bersama.
“Mudah-mudahan pelbagai masalah (melibatkan wanita) yang dipaparkan akan menambahkan lagi semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi manfaat diri dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri di sini hari ini.
Nuridah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor bersama barisan pembentang yang mewakili setiap bidang. |
“Dalam masa yang sama kita terus berada dalam organisasi untuk membawa ketamadunan Islam ke dalam masyarakat demi kesejahteraan rakyat.
“Penyelesaian yang kita bawa ini mestilah berlandaskan wahyu Allah supaya masalah yang sama dihadapi wanita tidak berulang di masa depan,” tambah beliau.
Konvensyen yang dihadiri lebih 2,500 peserta dari seluruh negara itu akan diadakan di negeri Kelantan pada tahun hadapan.
Lima bidang melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi menjadi teras perbincangan konvensyen.
Lima bidang melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi menjadi teras perbincangan konvensyen.
Kehadiran peserta memenuhi stadium negeri. Foto oleh - Hidayah Azlin. |