‘Gunakan Manfaat Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Sebaik Mungkin’
Oleh: Muhd Afiq Zohir
BESUT, 18 April - Belia negeri Terengganu yang menerima Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) dinasihatkan supaya menggunakan peluang yang diberikan kerajaan negeri sebaik mungkin.
Penyelia Institut Modal Indan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh, Ismail Abdul Rahman berkata, LMTS merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan memilik lesen motorsikal sendiri.
“Program ini bertujuan menunaikan janji kerajaan negeri untuk memberi lesen motorsikal secara percuma kepada rakyat.
Ismail Abdul Rahman |
“Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua penerima,” berucap ketika menyampaikan taklimat kepada penerima lesen motorsikal Terengganu sejahtera (LMTS) bertempat di Dewan Masjid Hadhari, semalam.
Seramai 800 belia dan beliawanis sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima manfaat manifesto kerajaan negeri itu yang diagihkan bermula bulan ini.