Himpunan Daie : Peniaga Sup Utara Raih Rezeki Berganda



Oleh : Hailmey Mansor

KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Seorang peniaga Sup Utara meraih hampir RM5,000 dalam tempoh enam jam berniaga di Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera(HDUNTS).

Mohd Noor Ismail dari Jerai, Kedah berkata dia mula meniaga pada jam lima petang sehingga 11 malam  dan teruja apabila jualan habis sebelum program berakhir.

Mohd Noor Ismail


Dia yang berniaga hampir 30 tahun
telah merantau ke seluruh negeri di Semenanjung dan negeri Terengganu menjadi kegemarannya untuk mencari rezeki.

"Saya seronok berniaga di Terengganu kerana dapat lebih sedikit daripada biasa lebih-lebih lagi kehadiran malam ni menjangkau  hampir 50 ribu pengunjung.

"Alhamdulillah semua barang niaga saya habis dijual sebelum habis program," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program. di sini, malam ini.


Tambahnya lagi, Sup Utara Abang Noor cukup popular dikalangan pelanggan selama tempoh dia berniaga dan para pengunjung akan mencari gerai jualannya jika mengetahui tentang kedatangannya ke program.

Sempena himpunan kali ini. sebanyak 25 kanopi dan 104 tapak kosong dibuka bagi memberi ruang para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Rata-rata peniaga amat berpuas hati dengan hasil jualan mereka kerana laku dan mengharapkan program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.

Tag: