• 15 Nov 2024 | 13 Jamadil Awal 1446

Huffaz Pejuang Islam



Oleh : Adli Mohamad / Wan Luqman Hakim

MARANG, 12 Januari – Para hufaz yang dilahirkan di maahad ataupun institusi pondok merupakan pejuang dan menjadi benteng mempertahankan agama Islam.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hasim Jasin berkata, para huffaz didekatkan dengan al-Quran yang merupakan mukjizat yang tidak boleh dikalahkan dengan apa jua kekuasaan.

"Kita tidak tahu apa nak jadi di masa hadapan, tetapi sekarang ini kita nampak kalau ada orang cabar dimana sahaja tempat di dunia ini buat cabaran terhadap hukum Allah.

"Maka lahirlah suara-suara lantang menentang segala usaha jahat itu," ujarnya.


Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas, di Masjid Jamek Pengadang Baru, semalam.

Katanya, tanpa kewujudan institusi agama serta tidak ada gerakkan menyedarkan masyarakat maka manusia akan terdorong mengikut hawa nafsu serta melakukan apa yang mereka suka tanpa peduli dan sensitif dengan segala kecaman dan usaha dilakukan musuh Islam.

Tag: