i-MiTS Dun Ajil Anjur Kem Smart Solat

60 Peserta Kem Smart Solat  bergambar bersama urusetia program

HULU TERENGGANU- Unit Latihan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ajil berjaya mengadakan Kem Smart Solat 2018 bagi memberi kesedaran dan penghayatan kepada para peserta tentang kepentingan ibadah dalam kehidupan muslim.

Pengarah Program, Mohd Fahimi Suhaimi berkata program ini merupakan salah satu aktiviti seliaannya sempena cuti sekolah.

"Alhamdulillah, seramai lima puluh sembilan kanak-kanak yang berumur empat tahun sehingga 13 tahun dari penduduk Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Ara dan Kampung Bukit Ara menyertai kem tersebut.

"Apa yang kami terapkan didalam kem ini adalah cara Smart Solat dan Smart Whuduk, menjadi harapan kami, semoga peserta kali ini menjadi anak yang soleh dan solehah," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), di sini, hari ini.


Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim.


Katanya lagi, kem seumpama ini perlu diadakan bagi membimbing anak-anak tentang ibadah harian terutamanya ibadah solat disamping menanamkan sifat keperibadian muslim dalam diri setiap peserta.

"Selagi ada peluang, ia (kem solat) akan diteruskan yang biasanya kita  anjurkan pada masa cuti sekolah sebagai manfaatkan cuti dengan perkara yang berilmu dan berfaedah kepada anak-anak dari terjebak dalam gejala yang tidak sihat,"ujarnya.


Tag: