lightning-solid
Berita :
129 Nelayan, Penoreh Getah DUN Paka Terima Sumbangan Tahunan
129 Nelayan, Penoreh Getah DUN Paka Terima Sumbangan Tahunan
Amiirullah Mansor
1 hari yang lepas
26

DUNGUN, 20 Januari – Seramai 129 orang penerima terdiri daripada 102 nelayan dan 27 penoreh getah di DUN Paka menerima Sumbangan Nelayan dan Penoreh Getah DUN Paka 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata, musim tengkujuh sering menyebabkan kerja harian nelayan dan penoreh getah tergendala, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Menurut beliau, walaupun musim hujan lazimnya membawa kebimbangan terutama berkaitan banjir, keadaan di kawasan Paka setakat ini masih terkawal dan tidak mengalami banjir yang teruk seperti beberapa kawasan lain.

“Alhamdulillah, setakat ini Paka kita tidak terjejas teruk dengan banjir. Itu satu nikmat besar yang perlu kita syukuri, dan kita berdoa agar Allah menjauhkan kawasan ini daripada sebarang musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di program Penyampaian Sumbangan Nelayan Dan Penoreh Getah DUN Paka 2026 di Dewan Sivik Paka, Jumaat lalu.

615245779_1426946358794013_701377898484151010_n.jpg 334.76 KB
Beliau turut menegaskan bahawa sumbangan yang disalurkan setiap tahun ini bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya sebagai tanda ingatan dan sokongan moral kepada nelayan serta penoreh getah yang menjadi antara tunjang ekonomi setempat.

“Nelayan dan penoreh getah inilah yang terus berusaha mencari rezeki walaupun berdepan kekangan cuaca, hasil yang berkurangan dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit beban mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, program kebajikan seperti ini akan terus dilaksanakan sebagai komitmen berterusan bagi memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan yang terkesan dengan musim tengkujuh, sentiasa diberi perhatian.

“Mudah-mudahan usaha kecil ini menjadi asbab rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan urusan mereka pada masa akan datang,” katanya.
615205222_1426946405460675_6278854961852791668_n.jpg 284.04 KB


Tag :

Artikel Berkaitan