lightning-solid
Berita :
155 Tukun Tiruan Di Perairan Terengganu Selesai Dilabuh September Ini
155 Tukun Tiruan Di Perairan Terengganu Selesai Dilabuh September Ini
Hidayah Azlin
7 jam yang lepas
114

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos – Misi memperkaya khazanah maritim Negeri Terengganu terus diperkasakan apabila sebanyak 21 unit tukun tiruan selamat dilabuhkan di perairan Kuala Nerus pada pagi Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, pelaksanaan di Kuala Nerus tersebut menandakan lima daerah di negeri ini telah selesai menjayakan program pelabuhan tukun bagi tahun 2026.

Menurut beliau, daerah yang telah siap sepenuhnya menerusi program berkenaan adalah Kemaman, Dungun, Setiu, Besut dan Kuala Nerus.

"Kini hanya berbaki dua daerah sahaja lagi iaitu Kuala Terengganu dan Marang yang akan diselesaikan sepenuhnya menjelang bulan September nanti.

"Langkah ini sekali gus bakal melengkapkan jumlah keseluruhan 155 unit tukun tiruan yang dirancang bagi tahun ini, di samping tambahan dua unit Tukun Pok Cik Man," katanya. 

Usaha berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam memulihara ekosistem laut ini dijangka bakal memberikan impak positif yang berpanjangan, khususnya dalam meningkatkan pembiakan hidupan laut, memelihara sumber perikanan tempatan, serta melonjakkan pendapatan komuniti nelayan tempatan.


Tag :

Artikel Berkaitan