Jalur Gemilang
Berita :
 21 Unit Tukun Bakal Dilabuhkan di Perairan Kuala Terengganu Esok
21 Unit Tukun Bakal Dilabuhkan di Perairan Kuala Terengganu Esok
Hidayah Azlin
19 jam yang lepas
220

TERENGGANU, 7 Sept – Sumber perikanan di perairan negeri terus diperkasakan menerusi Pelaksanaan Program Labuh Tukun yang bakal menyaksikan pelabuhan 21 unit tukun di perairan Kuala Terengganu, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri, Dato’ Dr Azman Ibrahim berkata, penyediaan tukun berkenaan bertindak sebagai habitat dan lokasi pembiakan baharu bagi pelbagai spesies hidupan laut.

Jelas beliau, pemuliharaan ekosistem marin tersebut amat kritikal dalam memastikan kelangsungan pendapatan para nelayan tempatan yang bergantung penuh kepada hasil tangkapan laut.


"Usaha berterusan ini kita laksanakan demi memperkayakan sumber perikanan yang menjadi punca rezeki utama nelayan kita," katanya.

Mengulas lanjut mengenai jadual program tersebut, Dr Azman memberitahu bahawa pelaksanaan di perairan Kuala Terengganu itu merupakan siri penutup sebelum program terakhir bagi tahun ini disempurnakan.

"Selepas ini, berbaki satu lagi siri Program Labuh Tukun untuk tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung di perairan Marang pada 14 September depan," katanya.


Inisiatif berkenaan dijangka dapat meningkatkan kepadatan populasi ikan di perairan pantai Terengganu, sekali gus merangsang sektor perikanan tempatan secara mampan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan