lightning-solid
Berita :
60 Unit RPMM Dibina Di Kubang Parit
60 Unit RPMM Dibina Di Kubang Parit
Mohd Irsyadi Abu Bakar
2 jam yang lepas
49

KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Sebanyak 60 unit Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) bakal dibina di Kampung Kubang Parit, bermula Sepetember ini.

Itu maklumat yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Terengganu, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah, ketika menghadiri majlis pemakluman projek berkenaan hari ini.

Menurutnya, RPMM tersebut menempatkan satu blok lima tingkat memuatkan 60 unit rumah dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang bakal memberi manfaat kepada sebahagian keluarga di daerah Kuala Terengganu khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

"Projek ini akan didirikan di atas tanah berkeluasan 1.66 ekar dan merupakan salah satu daripada projek yang ada dalam pembangunan berfasa oleh PMINT.

"Kos projek ini adalah sebanyak RM20 juta (peruntukan kerajaan negeri) dan insya-Allah pembinaan dijangka bermula September, sekarang ini masih dalam proses-proses perancangan dan insya-Allah akan ambil masa dua tahun.

617084034_1410410350449415_3396819705900060406_n.jpg 452.73 KB
"Dijangka pada Sepetember 2028, proses fasa penyerahan kunci dapat dilakukan," jelasnya dalam sidang media selepas majlis berkenaan.

Hadir sama ialah timbalannya, Ir Saiful Azmi Suhaili, etua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan) Terengganu, YM Tengku Chik Abu Bakar Tengku Ibrahim, Kdan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Abdul Hadi Alias.

Tambahnya, harga jualan yang diumumkan ialah sebanyak RM90,000 seunit berkeluasan 800 kaki persegi (kps).

"Keseluruhan unit projek adalah rumah RAHMAN Type A.  Diantara syarat yang ditetapkan kerajaan untuk mereka yang layak memohon adalah mereka yang berpendapatan isus rumah sebanyak bermula RM1,600 sehingga RM4,000 sebulan.

"Tempoh pembiayaan pula adalah selama 30 tahun dengan kadar sebanyak RM23750 sebulan," katanya yang menyifatkan kadar tersebut adalah jumlah yang mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah (B40).

Beliau berharap projek itu dapat dilaksanakan pada tempoh ditetapkan dan memaklumkan keutamaan diberikan kepada pasangan yang ingin memiliki rumah pertama.

Selain unit rumah, projek itu juga membina kemudahan 60 petak tempat letak kernderaan (TLK) bagi pemilik dan 24 TLK bagi pelawat dan dua TLK orang kurang upaya (OKU).

Turut dibina ialah 60 tempat letak motosikal, pondok pengawal, kebuk sampah, pencawang elektrik dan pejabat pengurusan. 

618652749_1410410707116046_2327430327104580132_n.jpg 783.67 KB






Tag :

Artikel Berkaitan