Berita :
Jaulah Qaryah: MP Setiu Turun Padang Santuni Penduduk Pulau Redang
Jaulah Qaryah: MP Setiu Turun Padang Santuni Penduduk Pulau Redang
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
1 jam yang lepas
55

PULAU REDANG, 3 Mei– Ahli Parlimen Setiu bersama rombongan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) telah mengadakan program Jaulah Qaryah di Pulau Redang bagi menyelami denyut nadi penduduk dan memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Program yang berlansung 2 hari ini iaitu sabtu dan ahad dimulakan dengan pembukaan Kaunter Aduan Rakyat di Balairaya Pulau Redang yang bertujuan untuk memberi ruang kepada penduduk menyuarakan masalah setempat secara terus. 

Susulan itu, Tuan Shaharizukirnain turut menyampaikan bantuan barangan keperluan dapur kepada 37 orang asnaf yang terpilih serta mengagihkan jaket keselamatan kepada 30 orang nelayan di pulau tersebut.

 "Nelayan adalah insan penting untuk kelangsungan hasil laut yang kita nikmati setiap hari. Pengagihan jaket keselamatan ini adalah ikhtiar kita demi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga ketika keluar mencari rezeki di lautan," ujarnya ketika berucap di program tersebut. 

Selain aspek kebajikan, beliau turut mengambil maklum masalah gangguan bekalan air di Balai Polis Pulau Redang setelah berbual mesra dengan anggota bertugas disana. 

Beliau komited untuk membawa isu infrastruktur tersebut kepada pihak berkaitan agar perhatian segera dapat diberikan.

Dalam siri lawatan tersebut, beliau menegaskan bahawa jarak geografi bukanlah satu kekangan untuk beliau berkhidmat. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan mengenepikan mana-mana rakyat dalam memastikan agenda kebajikan bersama dapat dicapai oleh setiap lapisan masyarakat.



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan