Jalur Gemilang
Berita :
Jalur Gemilang

Artikel "Sidang Parlimen" Terkini

LPT3 'Hilang', KDNK Diturunkan : RMK-13 Rencatkan Pembangunan Terengganu
LPT3 'Hilang', KDNK Diturunkan : RMK-13 Rencatkan Pembangunan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos – Kerajaan Negeri Terengganu mendesak Kerajaan Persekutuan menunjukkan komitmen sebenar untuk membawa masuk program dan projek berimpak tinggi ke negeri ini, termasuk pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), bagi merancakkan pembangunan ekonomi Pantai Timur. Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas...
11 Aug 25
4554
RMK-13 Tidak Seiring Realiti Pertanian Terengganu
RMK-13 Tidak Seiring Realiti Pertanian Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos – Sasaran pertumbuhan sektor pertanian Terengganu hanya 1.1 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) disifatkan terlalu rendah dan bercanggah dengan pengumuman besar Kerajaan Persekutuan yang mahu menjadikan negeri itu hab pembangunan ekonomi biru dan hab pengeluaran makanan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan...
11 Aug 25
2463
Ahli Parlimen Setiu Bimbang RUU Bekalan Elektrik Tidak Lindungi Pengguna
Ahli Parlimen Setiu Bimbang RUU Bekalan Elektrik Tidak Lindungi Pengguna
KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir, menyuarakan kebimbangan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Elektrik jika gagal melindungi kepentingan pengguna daripada beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Ketika membahaskan RUU tersebut di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa walaupun ia bertujuan menyusun semula sektor tenaga, masih...
09 Aug 25
1089
RUU Perintah Kehadiran Wajib Dipinda - Ahli Parlimen Dungun
RUU Perintah Kehadiran Wajib Dipinda - Ahli Parlimen Dungun
KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat menyaksikan pelbagai kebimbangan dan cadangan konstruktif dikemukakan, khususnya berkaitan prinsip keadilan, keberkesanan pelaksanaan, serta kapasiti prasarana yang terlibat. Pindaan utama yang menjadi tumpuan ialah Seksyen 5(1) yang membolehkan mahkamah mengenakan Perintah Kehadiran...
07 Aug 25
1424
Counter Setting KLIA: MP Besut Tanya Status Terkini
Counter Setting KLIA: MP Besut Tanya Status Terkini
KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, hari ini bangkit dalam sidang Dewan Rakyat mempersoalkan isu rasuah yang berleluasa di KLIA, termasuk skandal 'counter setting' yang dikatakan melibatkan puluhan juta ringgit. Beliau menyifatkan kelemahan membanteras rasuah di pintu masuk negara itu sebagai ancaman serius...
04 Aug 25
1333
MP Besut Persoal Janji Hapus Tol
MP Besut Persoal Janji Hapus Tol
KUALA LUMPUR, 29 Julai – Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, hari ini mempersoalkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan janji penghapusan tol yang pernah dilaungkan sebelum pilihan raya. Kata beliau, janji untuk menghapuskan tol yang pernah dibuat sebelum ini memberi kesan terhadap sokongan rakyat, khususnya dalam konteks keprihatinan...
29 Jul 25
1485
MP Besut Suarakan Kebimbangan Cadangan Luaskan PKW Kepada Pesalah Jenayah Berat
MP Besut Suarakan Kebimbangan Cadangan Luaskan PKW Kepada Pesalah Jenayah Berat
KUALA LUMPUR, 29 Julai - Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan kerajaan bagi meluaskan pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) sehingga melibatkan pesalah jenayah berat menerusi pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2025 yang dibahaskan di Dewan Rakyat, semalam. Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap...
29 Jul 25
1912
MP Dungun Desak Kerajaan Perkukuh Perlindungan Pemberi Maklumat
MP Dungun Desak Kerajaan Perkukuh Perlindungan Pemberi Maklumat
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, menegur kerajaan Persekutuan agar tidak sekadar menggubal undang-undang baharu tanpa memastikan keberkesanan pelaksanaannya, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat semalam. Menurut beliau, meskipun RUU itu digambarkan sebagai langkah ke hadapan, realitinya ramai...
23 Jul 25
1362
Pelantikan Ketua Audit Langgar Amalan Kerajaan, Wujud Risiko Tidak Telus
Pelantikan Ketua Audit Langgar Amalan Kerajaan, Wujud Risiko Tidak Telus
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid menggesa Kerajaan Persekutuan meneliti semula proses pelantikan Ketua Audit Negara yang disifatkan bercanggah dengan amalan konvensional dan menimbulkan risiko ketidakbebasan serta ketidaktelusan dalam pengurusan kewangan awam. Beliau berkata, pelantikan Ketua Audit Negara yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan awam...
23 Jul 25
1874
Ahli Parlimen Besut Gesa Pelantikan Jawatankuasa Dilakukan Secara Bebas
Ahli Parlimen Besut Gesa Pelantikan Jawatankuasa Dilakukan Secara Bebas
KUALA LUMPUR ,23 Julai - Perbahasan di Dewan Rakyat semalam sedikit tegang apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh, membangkitkan isu berkaitan kuasa mutlak Menteri dalam pelantikan jawatankuasa di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025. Ketika membahaskan RUU itu di peringkat Jawatankuasa, beliau mempersoalkan mengapa...
23 Jul 25
1759