Berita :
Kemelut Politik Negeri Sembilan : PN Tunggu dan Lihat
Kemelut Politik Negeri Sembilan : PN Tunggu dan Lihat
Adli Mohamad
3 jam yang lepas
124

KUALA TERENGGANU, 28 April - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan wujud kerjasama politik bagi merungkai kemelut yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN kini mengambil pendekatan menunggu dan memerhati perkembangan semasa sebelum sebarang langkah lanjut dibuat.

Menurut beliau, apa jua perkembangan politik yang berlaku perlu diteliti terlebih dahulu berdasarkan peruntukan undang-undang tubuh negeri berkenaan serta Perlembagaan Persekutuan.

“Diteliti dari segi aspek undang-undang negeri berkenaan, tidak kiralah Negeri Sembilan atau negeri-negeri yang lain.

“Akan melihat kepada peruntukan-peruntukan yang ada dan kita tengok dari situlah politik memainkan peranannya.

“Jadi tidak dapat lari daripada melihat peruntukan undang-undang tubuh negeri dan Perlembagaan Persekutuan bagaimana hendak tangani apa yang berlaku ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu (AST) 2024/2025 di Dewan Permata, Hotel Permai, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, perkembangan politik di Negeri Sembilan sejak kemelut itu tercetus sudah menjadi perhatian umum.

“Saya rasa bukan dalam makluman saya sahaja, tetapi dalam makluman semua orang mengenai apa yang sedang berlaku,” katanya.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PN sekiranya keadaan politik memerlukan perkara itu.

“Segala-galanya boleh berlaku dalam politik, jadi kita tunggu dan lihatlah apa yang akan berlaku seterusnya,” ujar beliau.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan