DUNGUN, 20 September – Program Langkah Merdeka Rantau Abang yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu berjaya menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta, sekali gus mencerminkan sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Program yang dianjurkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu bukan sahaja menampilkan aktiviti berjalan kaki, malah turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sukan rakyat yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

“Namun selepas pendaftaran dibuka selama kira-kira dua minggu, sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila hampir 1,000 peserta telah mendaftar, sebelum jumlah keseluruhan penyertaan meningkat kepada kira-kira 1,300 orang pada hari program.
“Ini menunjukkan masyarakat bukan sahaja memberikan sokongan terhadap program berbentuk riadah, tetapi turut menghargai ruang untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan sesama komuniti,” katanya.
Menurut beliau, penganjuran Langkah Merdeka Rantau Abang bukan sekadar bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Malaysia, sebaliknya menjadi medan memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.
“Program seperti ini memberi peluang kepada kita untuk bertemu, berkenalan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira usia dan latar belakang.

Beliau turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan masyarakat yang lebih meluas, sekali gus menjadikan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sukan sebagai medium membina komuniti yang sihat, harmoni dan bersatu.