Berita :
MP Setiu Gesa Penubuhan Pejabat PERHILITAN Di Setiu
MP Setiu Gesa Penubuhan Pejabat PERHILITAN Di Setiu
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
21 jam yang lepas
221

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Isu serangan gajah yang semakin kerap berlaku di Setiu terus mendapat perhatian apabila dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Setiu,Shaharizukirnain Abdul Kadir dalam sesi pertanyaan di Dewan Rakyat dan mengesa agar ditubuhkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Hasrat itu dinyatakan oleh beliau ketika bertemu Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh.

Menurut Shaharizukirnain ,kejadian serangan gajah yang semakin kerap berlaku telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, termasuk insiden terbaru di Kampung Payong yang menjejaskan keselamatan dan kehidupan harian masyarakat setempat.

"Setiu amat memerlukan sebuah Pejabat PERHILITAN sendiri kerana sehingga kini daerah itu masih belum mempunyai pejabat PERHILITAN bagi menguruskan isu berkaitan hidupan liar secara lebih berkesan,"ketika ditemui di sini, semalam.

Tambahnya lagi, ketika ini hanya Pejabat PERHILITAN Besut dengan kira-kira tujuh orang kakitangan yang bertanggungjawab mengurus perihal hidupan liar yang meliputi dua daerah iaitu Besut dan Setiu, sekali gus menghadkan keupayaan untuk bertindak dengan lebih pantas apabila berlaku konflik antara manusia dan hidupan liar.

Justeru,beliau berharap perkara tersebut mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan agar tindakan yang lebih berkesan dapat diambil demi menjamin keselamatan penduduk serta mengurangkan risiko kejadian serangan gajah di kawasan terlibat.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan