Jalur Gemilang
Berita :
Pemangku Raja Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Kampung Mak Lagam
Pemangku Raja Terengganu Berkenan Rasmi Masjid Kampung Mak Lagam
Ahmad Zaeem Zainudin
1 hari yang lepas
149

KEMAMAN, 13 November - Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Masjid Kampung Mak Lagam, Kemaman, hari ini.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut menyambut keberangkatan baginda ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Majlis penuh berkat itu tadi dimulakan dengan ucapan daripada Menteri Besar sebelum baginda berkenan menyampaikan titah.

Sejurus selesai bertitah, baginda bersama rakyat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Baginda turut berkenan bersantap bersama rakyat dalam jamuan yang diadakan di masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Masjid yang terletak di Mukim Banggul itu merupakan salah sebuah daripada 50 masjid di daerah Kemaman dan telah mula beroperasi pada 19 Disember 2025 selepas siap dibina dalam bulan sebelumnya.

Pada tahun yang sama juga, solat Jumaat pertama di masjid berkenaan telah didirikan bertarikh pada 26 Disember 2025.

Masjid Kampung Mak Lagam mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadi antara kemudahan ibadah penting bagi penduduk setempat selepas mula beroperasi.

Sementara itu, Dr. Ahmad Samsuri dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis perasmian tersebut.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan