lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: 1 Kilogram Pisahkan Wazif Dengan Emas
SUKMA 2026: 1 Kilogram Pisahkan Wazif Dengan Emas
Mohd Irsyadi Abu Bakar
6 jam yang lepas
7

KAJANG, 17 Ogos - Atlet angkat berat Terengganu, Ahmad Wazif Zafran Zaki Yamani terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas pada angkatan terakhir pesaing terdekat dari Kedah, Arif Abdul Musawwir Mohd Nor dalam saingan Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini.

Dalam sukan angkat berat kategori 65kg Lelaki yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka itu, Wazif memiliki kelebihan awal setelah melakukan angkatan 116kg (kilogram) pada acara Snatch untuk berada di kedudukan pertama.

Namun, Arif berjaya memintas jumlah angkatan pada acara Clean & Jerk dengan angkatan 155kg, untuk muncul pemenang dengan kelebihan hanya 1kg (jumlah angkatan 266kg).

Wazif berada di kedudukan kedua dengan jumlah angkatan 265kg.

Manakala, atlet dari Perak, Mubin Dzulkarnain meraih pingat gangsa dengan jumlah angkatan 243kg.


Tag :

Artikel Berkaitan