SERDANG, 17 Ogos - Skuad olahraga Terengganu terus mencuri tumpuan pada temasya SUKMA Selangor 2026 apabila meraih satu pingat emas dan dua perak pada saingan hari ini.
Pingat emas disumbangkan Muhammad Fahrin Aiman Yusmizan selepas muncul juara acara 3,000 meter berhalangan lelaki dengan catatan 9 minit 32.880 saat.

Dua lagi pingat perak hadir menerusi acara 400 meter wanita dan 4x100 meter wanita.
Nor Aliya Najihah Muda meraih perak dalam acara 400 meter wanita dengan catatan 56.76 saat, sekali gus memperbaharui rekod peribadinya sebelum ini iaitu 57.53 saat.

Kuartet Terengganu mencatat masa 46.940 saat, hanya dipisahkan 0.050 saat daripada Sarawak yang memenangi emas dengan catatan 46.890 saat.