lightning-solid
Berita :
SUKMA 2026: Terengganu A, B Tampil Podium Bola Tampar Pantai
SUKMA 2026: Terengganu A, B Tampil Podium Bola Tampar Pantai
Ahmad Zaeem Zainudin
3 jam yang lepas
69

SHAH ALAM, 15 Ogos - Terengganu A dan Terengganu B berkongsi podium selepas masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada penutup acara bola tampar pantai lelaki SUKMA Selangor 2026 di Gelanggang Bola Tampar Pantai MBSA Seksyen 19, hari ini.

Terengganu A yang dibarisi Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Perak A pada aksi final.

Gandingan Terengganu A tewas 15-21 pada set pertama sebelum Perak A mengesahkan kemenangan menerusi set kedua dengan keputusan 21-14.

Sementara itu, Terengganu B yang diwakili Muhammad Ashraf Baginda dan Muhammad Zuhairi meraih pingat gangsa selepas menewaskan Selangor B 2-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Terengganu B terlebih dahulu tewas tipis 28-30 pada set pertama sebelum bangkit memenangi set kedua 21-15.

Selangor B bagaimanapun terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada set ketiga ketika Terengganu B sedang mendahului, sekali gus memberikan kedudukan gangsa kepada gandingan Terengganu.

Pencapaian Terengganu B itu turut dianggap membanggakan apabila gandingan berkenaan bukan merupakan sasaran pingat bagi kontinjen negeri dalam saingan kali ini.


Artikel Berkaitan