Artikel "Utama" Terkini
100 Ibu Tunggal Diraikan Di DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 Mei - 100 orang ibu tunggal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah menerima pek bantuan makanan asas dalam satu program yang diadakan di Balairaya Kampung Gong Kemunting, semalam.
Program tersebut merupakan anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu...
05 May 21
855
Seruan daripada Pengarah UPDI sempena 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
Ayuh sama-sama saksikan siaran langsung Majlis 3 Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada :
Tarikh : 10 Mei 2021M bersamaan 28 Ramadan 1442H
Hari : Isnin
Masa : 08.00 Malam
Siaran langsung menerusi laman rasmi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan TV Darul Iman
05 May 21
1005
Besut Mungkin Dikenakan PKP
BESUT, 5 Mei - Situasi pandemik COVID-19 besut yang menunjukkan ‘trend’ peningkatan kes secara berterusan memungkinkan daerah itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia dijangka akan diumumkan pada Jumaat ini berikutan penularan COVID-19 di hampir kesemua mukim....
05 May 21
3974
Anak Muda Diseru Sertai Pencalonan Anugerah Belia Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Mei – Belia dan beliawanis dalam negeri ini dipelawa untuk mendaftar dan menyertai pencalonan Anugerah Khas Belia Terengganu 2021 bermula 6 Mei.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, anugerah yang menawarkan hadiah terkumpul sehingga RM20,000 itu membabitkan lima kategori bagi...
05 May 21
580
Terengganu FC Kembali Kejar Puncak Liga
KUALA NERUS, 4 Mei- Terengganu Football Club (Terengganu FC) menepati jangkaan apabila menang mudah 3-0 ke atas UiTM FC, dalam aksi pertama pusingan kedua Liga Super Malaysia 2021, sebentar tadi.
Melayan kunjungan pasukan tercorot liga, anak-anak buah Nafuzi Zain tampil lebih yakin dengan meledakkan dua gol awal mengatasi lawan.
Seawal...
05 May 21
1142
PERTIMA Agih 250 Pek Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - PERTIMA Trengganu Sdn. Bhd. (PERTIMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Adis telah mengadakan agihan 250 pek bubur lambuk kepada orang ramai.
“Antara tujuan program komuniti ini diadakan adalah untuk mendekatkan PERTIMA dengan masyarakat.
“Kita hendak ‘recall’ semula orang-orang lama yang...
04 May 21
808
Anak Kemaman Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo 2021
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - Jaguh memanah kelahiran Terengganu, Khairul Anwar Mohamad mencatatkan sejarah baharu sebagai pembawa bendera jalur gemilang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo, Jepun pada Julai akan datang.
Anak jati Kemaman itu akan bersama pemain badminton beregu campuran, Goh Liu Yang, menampilkan dua pembawa bendera negara buat...
04 May 21
1889
Kerajaan Giat Harungi Rintangan Wujudkan Peluang Pekerjaan
KUALA LUMPUR, 4 Mei - Pandemik Covid-19 telah menjadi suatu cabaran buat kerajaan dalam usaha membangunkan negeri Terengganu dari sudut meningkatkan ekonomi rakyat serta mewujudkan peluang pekerjaan.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasrat berkenaan mengalami sedikit kesulitan kerana suasana yang ada memberi kesan kepada kemasukan pelaburan...
04 May 21
745
Terengganu Beri Anugerah Khas Pelajar Ketujuh Terbaik Dunia
KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Dengan hanya berbekal telefon mudah alih bagi mengikuti pembelajaran atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kejayaan Nurul Fatin Nabihah Hamdan, 25, mendapat tempat pertama di kalangan pelajar Malaysia dan ketujuh peringkat antarabangsa dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan sesuatu yang...
03 May 21
1456
'Maghi Candat Sotong' Kembali Dengan Norma Baharu Ketat
KUALA NERUS, 3 Mei - Kerajaan negeri melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu sedang berbincang mengenai pelaksanaan dan kaedah sesuai bagi penganjuran Program Maghi Candat Sotong pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, program tersebut berikutan musim mencandat sotong bermula April hingga September...
03 May 21
665