lightning-solid
Berita :
IPD SETIU Perkukuh Hubungan Polis-Masyarakat
IPD SETIU Perkukuh Hubungan Polis-Masyarakat
Ariss Alias
18 jam yang lepas
30

SETIU, 8 Ogos - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu meneruskan usaha memperkukuh hubungan antara polis dan masyarakat menerusi Program Community Policing: Program Reaching Out bertemakan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” di Masjid Kampung Rhu 10, di sini, semalam.

Program itu turut diserikan dengan pelaksanaan solat Jumaat bersama komuniti setempat, sekali gus menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat.

Selain itu, ceramah berkaitan penipuan dalam talian turut diadakan dengan disampaikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Setiu, Insp. Adam Rasyad Linggam Abdullah.

Ceramah berkenaan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai modus operandi penipuan dalam talian selain berkongsi langkah pencegahan bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, Supt. Zahril Asri Mohd Zain dan Timbalan Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ahmad Badrul Hisham Ghazali turut hadir pada program berkenaan.


Ketua Polis Daerah Setiu, Supt. Zahril Asri Mohd Zain berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam mendekati masyarakat, memahami permasalahan setempat serta memperkukuh kerjasama kedua-dua pihak bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan harmoni.

"Pendekatan kepolisan berorientasikan komuniti itu juga dilihat penting dalam meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan selain memperkukuh kerjasama dalam usaha mencegah jenayah",tambahnya.


Tag :

Artikel Berkaitan