lightning-solid
Berita :
Jambatan Angkat Kuat Kuasa Had Muatan, Ketinggian Bermula 2026
Jambatan Angkat Kuat Kuasa Had Muatan, Ketinggian Bermula 2026
Mastura Jamal Din
8 jam yang lepas
146

KUALA TERENGGANU, 15 Disember - Penguatkuasaan palang penghadang dengan had ketinggian 3.5 meter serta had muatan kenderaan BTM/BDM lima tan di laluan masuk dan keluar Jambatan Angkat Kuala Terengganu akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Ti Properties Sdn. Bhd., Awasi Mohamad berkata, langkah itu diambil bagi mengawal pergerakan kenderaan melebihi had muatan dibenarkan selaras Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 86(3) yang melarang kenderaan dengan muatan BTM/BDM lima tan dan ke atas merentasi jambatan berkenaan.

Menurutnya, penguatkuasaan tersebut turut bertujuan menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melindungi integriti struktur Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang merupakan infrastruktur penting dan ikonik negeri.

"Sehubungan itu, papan tanda amaran had muatan serta papan kenyataan berkaitan akta dan undang-undang telah dipasang di jalan-jalan utama menuju ke jambatan berkenaan.

"Manakala amaran had ketinggian turut dipaparkan melalui skrin LED bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita.

FB_IMG_1765805039100.jpg 223.93 KB
Tambah Awasi, pihaknya juga memohon kerjasama pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat, untuk menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan.

“Kami memohon kerjasama pemandu kenderaan yang melebihi had muatan supaya memilih laluan alternatif seperti Jalan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir sedia ada, selain merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

FB_IMG_1765805036465.jpg 240.53 KB
Dalam pada itu, pengguna jalan raya turut diingatkan supaya mematuhi had kelajuan yang ditetapkan, iaitu 30 kilometer sejam, ketika melalui kawasan jambatan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi media sosial rasmi Kuala Terengganu Drawbridge atau menghubungi 09-693 0052.


Tag :

Artikel Berkaitan