lightning-solid
Berita :
Jangan Sampai Dunia Digital Jauhkan Generasi Muda Daripada Masyarakat
Jangan Sampai Dunia Digital Jauhkan Generasi Muda Daripada Masyarakat
Noraini Jusoh
3 jam yang lepas
89

Oleh : Fatimah Din

MARANG, 9 Ogos – Kemajuan teknologi digital tidak seharusnya menjadikan generasi muda semakin jauh daripada masyarakat, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara bijak tanpa mengorbankan hubungan sesama manusia.

Pegawai Seranta Unit Hal Ehwal Beliawanis, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Nur Atiqah Aqilah Mohd Nor berkata, generasi hari ini membesar dalam persekitaran digital yang menawarkan pelbagai manfaat, namun penggunaan secara berlebihan boleh menjejaskan interaksi sosial.

“Jika tidak diseimbangkan, lebih banyak masa dihabiskan berinteraksi melalui skrin telefon berbanding bertemu dan berbincang secara bersemuka, akhirnya hubungan dengan masyarakat semakin renggang,” katanya.

Beliau berkata demikian di  Program 'Sis Ngopi Marang: Dari Scroll to Success!' yang menghimpunkan 71 wanita muda berusia antara 18 hingga 25 tahun di Rumakan Kitchen, Kampung Laut, baru-baru ini.

Menurutnya, program anjuran Unit Hal Ehwal Beliawanis i-MiTS itu bukan sekadar pertemuan santai, sebaliknya menjadi ruang untuk golongan wanita muda membina keyakinan diri, bertukar pandangan, memperluas jaringan persahabatan serta mendapatkan inspirasi daripada perkongsian panel jemputan.

Katanya, pendekatan santai dan dekat dengan jiwa anak muda itu penting bagi memastikan mereka tidak hanya menjadi pengguna teknologi, tetapi mampu memanfaatkannya sebagai medium membina potensi dan mencapai kejayaan.

“Harapan kita, peserta pulang bukan sekadar dengan kenangan mengopi bersama rakan-rakan, tetapi membawa semangat baharu untuk menjadi wanita berilmu, berkeyakinan, berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negeri,” ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan