JPKK Gotong-royong Bersama Penduduk Baik Pulih Sistem Perparitan

DUNGUN, 18 Disember - Jawatankuasa Pembangunan Keselamat Kampung (JPKK) Kg Nyior bekerjasama bersama penduduk setempat membersih sistem perparitan yang terjejas.

Pengerusi JPKK Kg Nyior, Ahmad Busra Muda berkata salah satu punca utama langkah itu diambil ialah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik.

"Kita perlukan tindak segera, jadi kita ambil inisiaif untuk gotong-royong bersama masyarakat memulihkan sistem saliran agar lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat tinjauan di kawasan berkenaan.

Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu telah menyebabkan kawasan tertentu menghadapi masalah banjir akibat air sungai yang melimpah ke kawasan lebih rendah.

Tambahnya, beberapa rumah telah terjejas dengan air yang memasuki dapur dan ruang tamu, menjadikan penduduk tempatan sentiasa berjaga-jaga terhadap ketinggian air yang mungkin meningkat.

"Harapan keseluruhan adalah agar kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat memberi kelegaan kepada penduduk setempat, menjadikan aliran air lebih terkawal, dan meminimumkan impak banjir di kawasan tersebut.

"Semoga langkah ini membawa keamanan dan kesejahteraan kepada semua penduduk yang terjejas," ujarnya.


Tag: