lightning-solid
Berita :
Kabel Mesin Penarik Bot Rosak, Nelayan Pantai Sauh Terima Bantuan Segera
Kabel Mesin Penarik Bot Rosak, Nelayan Pantai Sauh Terima Bantuan Segera
Nik Muhammad Ziyad Nik Abdul Ghafar
7 jam yang lepas
49

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir tampil menghulurkan sumbangan kewangan kepada komuniti nelayan di Pantai Sauh, dekat sini semalam, bagi membiayai pembelian kabel baharu untuk mesin penarik bot mereka yang mengalami kerosakan.

Sumbangan tersebut diberikan bagi membolehkan mesin penarik berkenaan dibaiki dengan segera, sekali gus memudahkan urusan harian para nelayan untuk mendaratkan dan menurunkan bot mereka ke laut.

Kesempatan turun padang itu turut dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk beramah mesra, bertanya khabar, serta mendengar sendiri pelbagai luahan dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan nelayan di kawasan berkenaan.

"Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban kewangan nelayan terlibat dan melancarkan kembali urusan mereka mencari rezeki di laut".

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala keringat serta pengorbanan para nelayan yang menjadi tulang belakang dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan buat masyarakat.




Tag :

Artikel Berkaitan