Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
KUALA TERENGGANU, 30 Jun -- Satu siasatan terperinci akan dilakukan berkaitan video tular insiden memegang penyu di Pulau Redang baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Taman Laut bagi melakukan siasatan terperinci.
Katanya, ini susulan perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27, Akta Perikanan 1985.
"Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dah berharap ia tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.
Terdahulu, satu video berdurasi 24 saat telah tular di media sosial yang memaparkan seorang krew bot menyelam dan membawa naik seekor penyu hampir ke permukaan dipercayai di Teluk Dalam, Pulau Redang.
Video tersebut dikritik netizen kerana tidak peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan dan mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu ketika mengadakan aktiviti snorkeling,