Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Wan Sukairi (tengah) di sidang media di pejabatnya hari ini. |
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) menyasarkan RM1.6 juta untuk Tabung Terengganu For Yaman.
"Manakala target kami pada 7 Mac nanti, kita akan melancarkan misi kemanusiaan ke Yaman," ujarnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukari Wan Abdullah berkata, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali dijangka akan melancarkan tabung tersebut di Dewan Teater Wisma Darul Iman pada 21 Januari ini.
"Kempen yang kita sasarkan ini akan bergerak selama sebulan lebih dan kita akan membuat majlis penyerahan dana kepada Tabung Terengganu For Yaman ini dan akan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 22 Februari nanti.
Beberapa NGO sedang bermesyuarat dengan Ustaz Wan Sukairi (empat dari kiri) di Wisma Darul Iman. |
Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Katanya, kerajaan negeri akan menyasarkan kempen-kempen seperti Tabung Kemiskinan Rakyat Yaman, Kempen Pendidikan Rakyat Yaman, Kempen Perubatan Rakyat Yaman, Kempen Peralatan Perubatan Untuk Hospital-hospital Yaman dan Kempen Tabung Tangki Air Untuk Kem-kem Pelarian Yaman.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, misi ini akan diketuai oleh UBSNT dan NGO negeri dengan kerjasama Yaman Care, sebuah NGO yang telah beberapa kali melakukan misi di negara Yaman dan ia merupakan misi mereka yang keempat.
"Kali ini kami mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan mereka untuk mengutip satu jumlah yang kita sasarkan dalam mesyuarat tadi iaitu sebanyak RM1.6 juta.
"Jadi semua projek itu kita sasarkan untuk pelarian di Yaman RM1.6 juta. Kita harap
kerjasama UBSNT akan menggerakkan kutipan melalui semua Terengganu Volunteers (T-VOLT) di seluruh daerah, pasar-pasar malam dan di tempat tumpuan awam," ujarnya.
Di samping itu katanya, UBSNT juga berkolaborasi dengan agensi-agensi seperti Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Tererengganu (JHEAT) untuk tujuan tersebut.
Justeru, kerajaan negeri akan mengadakan majlis-majlis penerangan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri sekali gus mengadakan kutipan dana untuk membantu rakyat Yaman.
"Ini adalah misi yang pertama di bawah unit NGO di bawah UBSNT dan sekiranya misi ini berjaya, kita akan mengadakan misi yang sama untuk tujuan yang berbeza pula di masa akan datang.
"Atas nama kemanusiaan, atas nama saudara sesama Islam, saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu pelbagai bangsa, keturunan dan kaum agar sama-sama kita mendokong misi kemanusiaan Terengganu For Yaman yang akan dilancarkan.
"Kita sama-sama mengutip dana bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat Yaman yang terkesan dengan apa yang berlaku kepada mereka dalam tempoh lima tahun yang lepas," ujarnya lagi.
"Kita sama-sama mengutip dana bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat Yaman yang terkesan dengan apa yang berlaku kepada mereka dalam tempoh lima tahun yang lepas," ujarnya lagi.
Menurutnya, sehingga kini tidak kurang daripada puluhan juta rakyat Yaman berada dalam keadaan terkesan, kemiskinan begitu ketara dan mendiami kem-kem pelarian di bumi sendiri akibat daripada peperangan saudara yang berlaku di negara mereka.
"Atas nama Kerajaan Terengganu, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh rakyat Terengganu agar ayuh bersama-sama kami NGO serta agensi-agensi yang lain di seluruh negeri untuk menyumbang kepada tabung kemanusiaan Terengganu For Yaman ini," tambahnya.