Perjalanan industri minyak dan gas di Terengganu membuktikan komitmen kerajaan negeri kepada kemajuan industri.
"Kami bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memahami perjalanan operasi petronas terutamanya di kertih.
Dato’ Tengku Hassan berkata, kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan industri minyak dan gas memberi kesan yang positif kepada rakyat tempatan khususnya di Terengganu.
Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md Salleh, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali, Pengurus Kanan Koprat Unit Ekonomi Negeri, Azman Ghani, Penolong Setiausaha Kerajaan, Nik Fahmi Nik Nordin, Penolong Pegawai Kanan Industri dan Pelaburan, Tengku Mohamad Hafiz Tengku Hashim Badli dan wakil daripada Malaysia Investment Development Authority Terengganu.
Terdapat dua taklimat iaitu taklimat koprat yang disampaikan oleh Wan Mohd Hasnan Abdullah dan taklimat operasi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zamri Jaafar.