• 14 Nov 2024 | 12 Jamadil Awal 1446

Kerusi Roda, Tongkat, Hadiah Cukup Bermakna



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 28 Januari – Pemeberian kerusi roda dan tongkat berkaki empat yang disumbangkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang antara hadiah yang paling bermakna diterima  pesakit saraf, Muhammad Badrul Amin Murhalim, 19..

Pemberian itu nyata memudahkan pergerakan Muhammad Badrul di mana sebelum ini terpaksa mengesot dan dipapah untuk menguruskan diri, termasuk mandi.

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata, kerusi roda dan tongkat itu adalah salah satu bentuk dorongan supaya semangatnya untuk meneruskan aktiviti seharian dengan lebih kuat dan bersemangat.

“Sumbangan ini mungkin tidak sebesar mana, tapi ia mampu beri sinar baru buat adik Badrul setelah mengalami patah kaki dan kerosakan saraf yang menyebabkannya tidak boleh berjalan sendiri.

“Dengan umur yang masih muda dan perjalanan yang masih jauh, penting untuk dia sentiasa kuat dan tidak mudah berputus asa,”katanya.

Beliau berkata ketika hadir menyerahkan sumbangan tersebut di rumah keluarga Muhammad Badrul di Kampung Darat Pak Chan, di sini, semalam..

Turut hadir adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Setiausaha Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Wan Nelang Wan Abd Rahman, Ketua Pemuda PAS Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria dan Wakil Majlis Komuniti Kampung Darat Pak Chan.

Muhammad Badrul terlibat pernah  dalam kemalangan jalan raya  pada tahun lepas dan mengalami kecederaan parah pada kaki, muka dan mata kirinya menyebabkannya penglihatan serta pergerakannya kini sangat terbatas.



Tag: