Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (Kessuma) secara rasmi membuka gelanggang hari ini dengan perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Kelantan menjadi tumpuan.
Memulakan perlawanan di Padang Kompleks Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kelantan tampil garang bagi menundukkan tuan rumah dengan skor 3-1.
Gol pertama dihasilkan dalam minit keenam menerusi pemainnya Muhammad Luqman Arif Ramli.
Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba bangkit dan membuat beberapa percubaan dan berjaya mendapatkan jaringan balas bagi menghidupkan harapan menerusi pemain, Muhammad Faizul Asyrah pada minit ke-22.
Selang seminit, Kelantan sekali lagi berada di hadapan apabila Syah Syazean Aide Ikhrame menggandakan jaringan Kelantan.
Kelantan terus mengasak pintu gol tuan rumah sehingga habis separuh masa pertama dengan serangan bertali arus memaksa tuan rumah untuk bertahan.
Memulakan separuh masa kedua, Kelantan sekali lagi beraksi cemerlang mendominasi perlawanan namun gawang Terengganu sukar dirobek.
Dalam pada itu Terengganu cuba mengimbangi perlawanan dan tidak putus asa bagi mencari gol penyamaan bagi berkongsi mata.
Namun Terenggganu dalam aksi perlawanan Kumpulan A bertemu Kelantan dilihat sukar dan berhempas pulas sehingga menghampiri tamat perlawanan.
Kelantan yang tampil cemerlang sekali lagi menghukum pasukan Terengganu dengan menambah satu jaringan pada masa tambahan.
Dengan kemenangan pertama ini Kelantan memperolehi tiga mata dan menjadi peneraju kumpulan A.