Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
KUALA NERUS, 20 Ogos - Bangkit dari kekalahan pertama ketika bertemu Kelantan, pasukan bola sepak Terengganu menang bergaya mengatasi Pulau Pinang dengan jaringan 2-0 dalam aksi perlawanan Kumpulan A di Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA).
Kemenangan itu sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke suku akhir.
Walau bagaimanapun, Terengganu terpaksa menunggu sehingga ke separuh masa kedua selepas perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.
Memulakan aksi di separuh masa kedua, Terengganu berusaha mencipta peluang bagi mengintai ruang untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Membuka tirai jaringan, penyerang utama Terengganu, Muhammad Faizul Asyrah Mohd Nasir telah meletakkan sang penyu di hadapan dengan jaringan cantik pada minit ke-46.
Terengganu terus mengasak kubu pertahanan lawan dan pada minit 53, peluang terhidang apabila Terengganu diberikan sepakan percuma namun tendangan daripada Muhammad Hazim Iqbal Ismail meluru ke dakapan penjaga gol.
Sekali lagi pasukan Pulau Pinang dihukum dengan gol yang dijaringkan oleh, Adeeb Firdaus yang tidak memerlukan masa yang lama untuk mengesahkan kemenangan Terengganu untuk meletakkan Sang Penyu 2 gol di depan.
Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Sementara itu, kemaraan ke peringkat suku akhir akan ditentukan pada perlawanan akhir kumpulan A pada petang ini antara Kelantan menentang Pulau Pinang.
Seandainya Pulau Pinang kalah, ini akan melayakkan Terengganu ke pusingan seterusnya.